Tip untuk orang yang baru nak buat Affiliate.

Sep 21, 2019 | | Say something

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Apa khabar rakan-rakan yang membaca blog saya ini? Semoga rakan-rakan semua sentiasa dalam rahmat dan pengampunan dari Allah SWT. Insya Allah.

Sekarang, perniagaan menerusi affiliate tidak lagi menjadi satu perniagaan yang rahsia lagi . Perniagaan affiliate sudah terkenal dan menjadi satu trend terbaru untuk menjana pendapatan tambahan. Malah, perniagaan affiliate juga semakin menjadi pilihan berbanding perniagaan MLM dan setiap hari semakin ramai orang menceburi bidang perniagaan ini.

Bagi membantu anda yang mahu menceburi perniagaan affiliate, saya sertakan beberapa tip untuk anda jadikan panduan.

Pemasaran affiliate bukan menjanjikan duit mudah.

Di sebalik cerita yang kononnya menjana pendapatan affiliate adalah senang dan ia boleh memberi pendapatan yang lumayan, sebenarnya ia sangat susah. Ya, jana pendapatan melalui affiliate adalah sangat susah dan anda perlu sedar akan perkara ini. Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam perniagaan affiliate. Jadi, jika anda ingin berjaya, anda perlu bersedia untuk berusaha dengan bersungguh – sungguh.

Jangan terlalu tamak dan mempromosi beberapa produk serentak.

Dulu semasa baru menceburkan diri dalam pemasaran atau perniagaan affiliate ini, habis semua produk affiliate yang promosi serentak, semua link affiliate saya letak dalam satu halaman website dengan harapan nak kaya cepat, bak kata orang, esok dah boleh pergi haji katanya. J

Jadi, pastikan anda jangan melakukan beberapa aktiviti promosi secara serentak. Anda bebas untuk mempromosi seberapa banyak mungkin produk affiliate. Namun, anda perlulah membina kempen promosi satu persatu.

Jangan langkaui proses pembelajaran.

Jika ingin berjaya, anda perlu ada ilmu. Jangan pula berlagak sombong dan terus mengalah apabila gagal dalam affiliate. Jangan takut untuk laburkan wang dan masa bagi proses pembelajaran. Yang pasti kita perlu bersabar…sangat perlu bersabar dan istiqamah. Di sini kita perlu cari guru yang boleh mengajar kita bagaimana untuk mencapai kesuksesan dalam affiliate ini. Saya sendiri berguru kelas secara online atau cara webinar, dengan membeli ebook-ebook tentang ilmu affiliate dari mereka seperti Irfan Khairi dan Rahman Basri.

Sentiasa menjadi unik

Jika ingin berjaya, anda jangan meniru teknik orang lain bulat – bulat. Jika anda meniru orang lain, anda tidak akan kemana – mana. Dua kereta yang mempunyai kelajuan yang sama berlumba di jalan raya yang lurus, siapa yang bermula dahulu, dialah yang akan menang. Begitu juga dengan aktiviti meniru di mana mereka yang memulakan dahulu teknik tersebut, pasti akan mengatasi anda. Tapi jika kita baru pertama kali menyertai affiliate mungkin kita akan tiru bulat-bulat dahulu sampailah kita faham konsep affiliate yang betul.

Cara terbaik untuk meniru cara pakar adalah dengan memahami konsep pemasaran mereka. Dari pemahaman ini, anda boleh wujudkan take action anda sendiri. Seperti ketika sedang menjawab soalan peperiksaan, semua orang menjawab soalan dengan menggunakan ayat mereka sendiri yang berdasarkan konsep yang sama. Sekarang ini berbagai kaedah orang melakukan pemasaran affiliate seperti buat ulasan berkenaan sesuatu produk, buat video ulasan tentang sesuatu barangan, menggunakan emel marketing,dan menggunakan media sosial (medsos).

Bersabar untuk berjaya (antara yang terpenting).

Jika anda tidak bersabar, kegagalan pasti akan menjelma. Jika anda bersabar, kejayaan akan datang pada anda. Bersabar adalah cara untuk memastikan anda terus berusaha. ini kerana, proses pembelajaran untuk jadi orang yang kaya beriman adalah sukar dan sangat rumit. Ada orang gagal sebanyak 1000 kali sebelum mereka berjaya. Ada orang gagal sekali dan terus berjaya. Ia bergantung pada rezeki dan nasib anda.

Kita tidak tahu di mana rezeki kita, jadi kita perlu sentiasa terus mencuba. Jangan sesekali berhenti jika anda gagal. Alam ada cara tersendiri untuk memberi anda kejayaan.

Simpan duit anda.

Jangan terlalu boros berbelanja ketika ingin mempelajari cara pemasaran. Ada di kalangan newbie affiliate terlalu boros membeli produk – produk berkaitan make money online di internet (macam saya dulu-dulu) J. Di mana akhirnya, mereka menjadi ketagih untuk membeli dari melakukan take action. Jimat wang anda. Sebelum membeli sesuatau produk pastikan anda sudah menyiasat kadar kualiti yang ada produk tersebut. Selepas itu take action.

Belajar berdisiplin.

Untuk berjaya anda perlu ada disiplin. Kurangkan bermain facebook, membaca forum-forum tanpa melakukan tindakan susulan, main game sampai berjam-jam. Jangan berpuas hati dengan kerja anda. Sentiasa upgrade naik taraf ilmu dan teknik pemasaran anda.

Jangan berhenti bekerja jika anda tidak lagi stabil.

Bekerja makan gaji menghasilkan pendapatan tanpa had di mana anda pasti memperoleh gaji di penghujung bulan. Jadi, jangan berhenti bekerja melainkan pendapatan anda sudah berada pada tahap yang stabil. Saya sendiri pun masih lagi berkerja sebagai seorang guru. Apabila ada masa terluang dan dapat idea untuk menulis, maka saya akan ambil peluang sambil mempromosi produk-produk affiliate tanpa menganggu sangat kerja saya sebagai seorang guru, dan saya juga boleh mengajar anak-anak murid saya ini secara tak langsung tentang ilmu perniagaan affiliate melalui internet. Untunglah mereka, sejak dari sekolah rendah lagi dah tahu serba sedikit tentang perniagaan internet affiliate ini. Ada rezeki mereka ini boleh bermula seawal yang mungkin.

Setakat ini itu sahaja tip-tip untuk anda yang baru hendak menceburkan diri dalam perniagaan internet affiliate. Baru-baru ini antara tok guru online saya iaitu Tuan Irfan Khairi telah mengeluarkan ebook terbarunya setelah hampir 8 tahun tak menulis buku. Ebook tu bertajuk 9/10. Saya sudah mendapatkannya dan ada sekitar 200 muka surat dengan harga lebih kurang RM95 kalau tidak silap saya.

Anda boleh dapatkan ebook 9/10 oleh Tuan Irfan Khairi ini di website beliau dan terus saja klik Ebook 9/10 ini.  KLIK DI SINI

Sekian terima kasih.

Wassalam

Posted in: Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *