MANUSIA TIADA MASALAH KEWANGAN

Sep 23, 2019 | | Say something

MANUSIA TIADA MASALAH KEWANGAN

Saya seringkali menyebut bahawa orang atau manusia tiada masalah kewangan, yang ada cuma masalah dalaman. Jika dipetik kata-kata Dr Muhaya pula di sebut “Hanya manusia bermasalah yang ada masalah”.

Nukilan ini bukan bertujuan untuk menghina, merendahkan atau mengejek sesiapa, ianya hanya sekadar satu ingatan buat diri kita bersama supaya ianya menjadi satu iktibar buat semua.

Ini merupakan kisah salah seorang ahli seumur hidup urusinsan (komuniti celik kewangan yang di asaskan oleh Tuan Zaidi Ismail seorang jurutera forensik kewangan) Di harap kisah ini dijadikan tauladan dan iktibar buat semua pembaca.

Sipolan adalah merupakan sembilan (9) dari sepuluh (10) adik beradik yang mana tujuh (7) dari mereka telahpun berumah-tangga. Memang benar kata bidalan, ibu dan bapa boleh membela dan membesarkan sepuluh (10) orang anak, tetapi sepuluh (10) orang anak belum tentu boleh bela dan menjaga kedua ibu-bapa mereka.

Sipolan menangung kos bukan sahaja buat kedua ibu bapanya malah juga terpaksa meanggung kos kesemua adik beradik yang lain terutama jika mereka pulang ke kampung setiap hujung minggu, biarpun bukan semua adik beradik pulang berhujung minggu namun setiap hujung minggu pasti ada adik beradik yang pulang, maka kos perbelanjaan yang ditanggung adalah sekitar RM3000 sebulan, manakala pendapatan sipolan hanyalah sekitar RM2K sebulan dengan bapanya yang masih menoreh getah , maka berusahalah beliau untuk mencari pendapatan lebih dengan berniaga begitu begini sampaikan terpaksa berhutang ratusan ribu ringgit untuk menanggung kehendak ibu bapa dan adik beradiknya..

Sipolan menghubungi Tuan Zaidi untuk mendapatkan nasihat dan pandangan kerana percaya bahawa beliau mempunyai masalah kewangan, maka ketahuilah bahawa dari sudut kewangan beliau sebenarnya tidak mempunyai masalah kewangan , tapi mempunyai masalah dalaman.

Jika sepuluh (10) adik beradik ini memberikan RM100 sebulan kepada kedua orang tua mereka , maka kedua ibu bapa mereka akan menerima RM1K setiap bulan, begitulah seterusnya jika RM200 atau RM300 setiap bulan, maka selesailah kononnya masalah kewangan yang ditanggung.

Adapun jika kewangan masing-masing tidak mengizinkan , maka jika setiap anak yang setiap kali pulang ke kampung boleh membawa lauk pauk yang cukup dimakan selama 3 hari dan jika dilakukan oleh setiap anak maka cukuplah dimakan selama sebulan untuk seisi keluarga, maka tidak perlulah kedua ibu bapa dan adik yang bongsu ini membanting tulang mengisi perut adik beradik, anak, cucu dan anak sedara yang hanya tahu membawa balik 2 biji telur sahaja setiap kali pulang ke kampung setiap minggu, memang baik anak-anak kerap menziarah dan menjengok ibu bapa tetpai yang mana lebih baik jika tidak pulang langsung dari menyusahkan orang lain dan pentingkan diri sendiri sahaja.

Saya berpesan kepada diri saya sendiri supaya tidak menyusahkan kedua ibu bapa dan mertua saya apabila pulang ke kampung, pada waktu yang sama, janganlah kita menyusahkan adik beradik yang lain juga, marilah kita bahagiakan dan raikan kedua ibu bapa kita dikala hujung usia mereka bukan sebaliknya. Insya’Allah.

Anda berminat untuk menyertai urusinsan dan mendapatkan coaching bersama Tuan Zaidi?

================================================================

Anda boleh KLIK URUS INSAN untuk mula bersesi bersama Tuan Zaidi

================================================================
Wallahualam.

Anda boleh KLIK URUS INSAN untuk mula bersesi bersama Tuan Zaidi

Posted in: Perancangan Kewangan, Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *