Kisah benar perjalanan bisnest internet Irfan Khairi.

Sep 26, 2019 | | Say something

Assalamualaikum wbt dan salam hormat.

Selepas membuai anak dibuaian saya ambil kesempatan untuk membaca kembali ebook yang mencerita kisah perjalanan perniagaan internet yang diceritakan Irfan Khairi iaitu ebook 9dari10.

Selepas membaca ebook ini, kesimpulannya ebook ini menceritakan kisah benar perjalanan jatuh bangun pahit maung perniagaan internet yang jalankan oleh Tuan Irfan Khairi. Kisah beliau bermula secara solo sehinggalah beliau sekarang sukses mengembangkan perniagaan internetnya ke peringkat global iaitu ke Dubai.

Apa yang saya perolehi dalam ebook ini antaranya ialah apabila kita hendak melakukan sesuatu mesti ada niat dan perancangan. Dan dalam setiap perancangan itu pasti akan ada cobaan. Ketika menghadapi cobaan dan dogaan ini kita perlu BERSABAR dan istiqamah.

Bukan senang hendak Senang,tetapi bukannya susah nak susah.

Membaca kisah perjalanan hidup orang lain ini sebenarnya untuk mendapatkan motivasi bagi diri kita si pembaca. Adakala apabila baca kisah jatuh bangun orang lain dapat menyuntik semangat dan mungkin dapat memberi beberapa idea.

Apabila kita rasa nak menuntut ilmu perniagaan internet ini saya cadangkan anda beli dan baca ebook ini yang mempunyai 254 halamam digital. Ebook ini menggunakan format PDF. Beli ebook ini dengan klik EBOOK 9Dari10.

Posted in: Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *