MASALAH HUTANG KAD KREDIT

Sep 23, 2019 | | Say something

Tuan Zaidi Ismail merupakan seorang jurutera forensik kewangan yang pernah mempunyai hutang dari 18 kad kredit, dan beliau faham cabaran dan masalah yang ramai hadapi dengan hutang kad kredit. Ketika beliau sedang berusaha menyelesaikan masalah hutang kad kredit beliau satu ketika dahulu, beliau berjaya menemui 8 kaedah dan teknik untuk menyelesaikan masalah hutang kad kredit, antaranya ialah:

  1. Kaedah Ikuiti
  2. Kaedah lumpsum
  3. Balance Transfer
  4. Domino
  5. Snowball
  6. Conversion / Jual Hutang
  7. Foundation
  8. Stoozing

Terdapat banyak cara dan kaedah untuk menyelesaikan hutang kad kredit , langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah mengaku yang kita sedang menghadapi masalah, barulah hati kita akan terbuka untuk mengambil sebarang tindakan.

================================================================

Anda boleh KLIK laman sesawang URUS INSAN
================================================================

Janganlah kita ambil endah tak endah tentang masalah yang sedang kita hadapi terutama masalah seperti hutang kad kredit kerana ianya bukan sahaja menjerut kita malah menutup peluang kita untuk membina kekayaan disebabkan oleh hutang kad kredit tersebut.

Jangan tunggu sehingga keadaan terdesak dan memaksa kita baru kita nak bertindak ditakuti ketika itu ianya mungkin telah terlambat buat diri kita dan memaksa kita bertindak secara tidak waras seperti memimjam Along, mencuri atau melakukan perkara-perkara jenayah , malah kita boleh di mufliskan jika gagal menyelesaikan hutang kad kredit yang melebihi RM tiga puluh (30) ribu ringgit.

Ini secara langsung akan menggelapkan masa hadapan kita dan keluarga kita, keadaan akan menjadi lebih sukar untuk membuat apa-apa pinjaman jangka panjang seperti membeli rumah misalnya, malah peluang pekerjaan makan gaji juga semakin mengecil buat diri kita.

Wallahualam.


Posted in: Umum | Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *