Ebook terbaru dari Irfan Khairi, pencetus gelombang perniagaan internet di Malaysia.

Sep 19, 2019 | | Say something

Mutakhir ini kita mengalami situasi gelombang di mana orang Islam akan mengutamakan pembelian dari peniaga Islam iaitu #BMF a.k.a Buy Muslim First. Memang niat aku nak orang Islam ini kembali semula menguasai bidang ekonomi sambil berharap ekonomi yang bersandarkan kepada sistem riba ini hancur terus di muka bumi.

Aku mula tahu tentang bisnes online ini pada tahun 2006 (ini pun dah dikira terlewat tahu bab bisnes online ni). Kenapa 2006? Masa itu aku baru habis belajar, duduk di rumah buat kerja-kerja di kampung. Apabila ada sedikit duit hasil daripada upah tolong kawan di bengkel cat kereta, aku pi cyber café di Sabak Bernam, di Sungai Besar tiada cyber café masa tu. Pi Sabak Bernam naik moto kapcai ayah aku ikut jalan belakang. Sebab pi CC tu antaranya nak cari kerja kosong di internet, masa mencari-cari tu le ternampak website yang beritahu macamana nak cari duit melalui internet dan ada yang jual barang melalui internet, masa tu ramai yang jual ebook. Antara ebook yang pertama aku beli ialah tentang nak jadi penjual handphone dan produk yang pertama sekali beli di internet ialah sekeping yang mengumpulkan perisian-perisian open source.

Semalam aku ada dapat emel dari Irfan Khairi ni kerana memang aku subscribe emel dia. Emel semalam itu beritahu yang beliau ada terbitkan ebook yang baharu yang harga RM95 kalau tidak silap aku (ingat-ingat lupa). Dalam ebook tu dikisahkan bagaimana perjalanan jatuh bangun perniagaan internet oleh Irfan Khairi ni.

Ebook ni tentang bagaimana nak memulakan dan mengembang perniagaan kita dari level kampungan hingga ke level global tanpa menggunakan modal yang besar. Logik ke tidak ni? Memang logic, dengan ilmu dan pengetahuan yang ada serta tahap kesabaran yang maksimum memang boleh berjaya. Siapa yang berusaha dan bersabar Insya Allah akan berjaya.

Dalam ebook yang bertajuk 9/10 ni mengandungi disajikan banyak strategi untuk kita memulakan, mengembangkan dan membawa perniagaan kita ke level yang lebih tinggi tanpa menggunakan modal yang sangat besar, padahal boleh saja kita bermodalkan dengan modal yang berbaloi dengan menggunakan kelebihan teknologi digital di abad ke 21 ini.

Untuk rakan-rakan dan pembaca blog saya ini, terutama mereka yang beragama Islam memang saya sangat syorkan anda semua untuk belajar bagaimana nak mulakan bisnes dan kembangkan bisnes kita ke tahap yang terbaik dalam 10 tahun akan datang.

Yang menariknya dalam ebook ini juga ada disentuh perniagaan internet niche affiliate. Nah, apa itu bisnes affiliate? Tuan-tuan boleh cari di internat dan blog ini tentang ilmu bisnes internet.

9/10” adalah berformatkan ebook (produk digital). Dengan membelinya, anda tidak mendapat buku fizikal, tetapi ebook 250 mukasurat yang sarat dengan informasi, strategi teknik perniagaan berbentuk storytelling.

Saya sangat rekomendedkan ebook ni, terutamanya anak-anak murid saya yang pernah saya ajar di sekolah rendah. Dengan ada teknologi digital, kemudahan wifi, smartphone sebenarnya kita boleh memulakan perniagaan internet dalam masa yang sangat awal lagi. Murid sekolah rendah pun boleh menjalankan bisnes internet apabila mereka diberi bimbingan. Insya Allah.

Dapatkan ebook 9/10 di sini dan sila klik pautan ini Ebook 9/10 Irfan Khairi.

Alhamdulillah, terima kasih kepada isteri aku yang tolong check tulisan aku ni…semoga Allah SWT merahmati isteriku. Insya Allah.

Posted in: Bisnes Internet, Umum | Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *