BUKU FORENSIK KEWANGAN

Sep 22, 2019 | | Say something

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kali ini aku nak beri ulasan sedikit tentang satu buku kewangan yang aku beli, niat itu dah lama Cuma sikap suka bertangguh tu yang buat aku tak buat lagi ulasan berkenaan buku ini.

Buku ini aku beli dari Tuan Zaidi, tajuknya Forensik Kewangan. Tuan Zaidi ni sebenarnya aku dah follow facebook dia dari tahun 2009 lagi kalau tak silap aku le. Masa itu aku mula-mula jumpa dalam internet ni satu forum grup yang bernama Urus Insan. Aku daftar free dalam grup forum tu yang mana dalam grup forum tu banyak ilmu tentang kewangan peribadi, ilmu pelaburan, ilmu hartanah dan sebagainya yang aku dah tak ingat…oh ada ilmu OD dan ASB juga dalam tu.

Lepas tu mereka ada buat satu program yang nama Program Pelabur Underground, dalam program tu mereka bawa orang yang ada kepakaran dalam bidang masing-masing antaranya Raja Kamil yang pakar dalam bisnes online khususnya dalam bidang affiliate marketing. Raja Kamil ini pernah aku tengok dapat komisyen affiliate sebanyak RM180k lebih dalam masa tak sampai sebulan, tak silap masa itu program affiliate Shopievo. Respek juga masa tu aku dengan Raja Kamil, tapi berbaloi le, dia sanggup pergi ke Kelantan untuk buat review Shopievo ni dan mereka buat free gift untuk sesiapa yang beli dari link affiliate mereka.

Ok, balik pada ulasan buku Forensik Kewangan ni.

Tengok daripada nama buku ini iaitu Forensik Kewangan pun kita dah boleh agak apa isi kandungan buku ini, tapi bagi aku isinya lebih dari sekadar berbincang tentang kewangan. Sebenarnya buku ini membicarakan pertama sekali ialah tentang mindset. Ya, tentang mindset. Semuanya dari minda atau niat kita. Niat kita perlu betul tentang apa jua perkara yang nak kita lakukan.

Buku ini mengandungi lebih dari 200 muka surat dengan harga RM30 untuk semenanjung dan RM35 untuk Sabah dan Sarawak.

Mengandungi 10 bab, iaitu:

  1. Persediaan mengurus kewangan
  2. Asas-asas kewangan
  3. Kebebasan kewangan
  4. Mengurus pinjaman atau hutang
  5. Mengurus kewangan peribadi
  6. Tip untuk orang bujang
  7. Pelaburan hartanah dan perniagaan
  8. Law of attraction
  9. Gagal berjaya
  10. Menggodam kewangan diri.

Dalam bab 1 buku ini lebih membincangkan tentang mindset kita. Dalam pengurusan kewangan peribadi kita pun sebenarnya perlukan satu mindset yang tepat dan betul untuk mengurusan mengatasi masalah kewangan yang mungkin ada kita hadapi.

Dalam buku Nota Jutawan, Nota Kewangan oleh Irfan Khairi (beliau merupakan antara seorang rakyat Malaysia yang mencetuskan gelombang perniagaan internet di Malaysia) di muka surat 4 menyatakan, apabila kita dilanda masalah kewangan, kita akan melalui 5 peringkat, iaitu;

Peringakat 1: Tidak menerima hakikat. Kita tidak mahu menerima hakikat tentang masalah yang melanda kita.

Peringkat 2: Perasaan Marah. Kita berasa marah akibat kewangan yang dialami, Selalunya perasaan ini akan ditunjukkan kepada orang di sekeliling atau keluarga. Adakalanya juga boleh mengakibatkan pergaduhan.

Peringkat 3: Menyalahkan orang lain atau keadaan. Kita akan menyalahkan orang lain atau keadaan dan tidak menyalahkan diri sendiri.

Peringkat 4: Berfikiran positif dan rasional. Apabila perasaan kita sudah reda, kita akan mula berfikiran rasional semula dan dapat mengawal keadaan dengan lebih baik.

Peringkat 5: Kita mula sedar dan mula ambil tindakan. Di peringkat ini, kita akan mula sedar keadaaan sebenar kita dan kita akan mula mengambil beberapa tindakan untuk membetulkan semula tindakan dan pengurusan kewangan peribadi kita.

Pada peringkat ke-5 inilah sebaik-baiknya kita perlu mencari seseorang yang tahu dan mempunyai pengalaman bagaimana hendak mengatas masalah kewangan peribadi kita. Jika anda atau sesiapa yang menghadapi masalah sebegini, saya cadangkan kita pergi ke website ini untuk mendapatkan dan mencari jalan penyelesaiannya. Dalam website ini Tuan Zaidi ada melaksakan beberapa program dan buku tentang Forensik Kewangan dengan harga yang berbaloi untuk dimilik. Sila ke laman web URUS INSAN.

Posted in: Perancangan Kewangan | Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *