OCOC

Jun 1, 2018 | | Say something

Assalamualaikum WBT dan salam hormat.

Sebelum bulan Ramadhan pada tahun 2018 bersamaan 1439 Hijrah, kami ada mengikuti kursus online iaitu kursus OCOC atau yang panjangnya Otak Cantik Otak Cerdik. Banyak juga ilmu yang aku perolehi dari kursus ini. Semua berkaitan dengan otak. Sebab tanpa otak manusia ini tiada apa-apanya, kosong. Kalau ada otak tetapi tiada akan pun tidak boleh juga.

Pepatah araba da yang berbunyi, “tubuh badan yang sihat bermula dari akal yang sihat” dan aku tambah, akal yang sihat juga bermula dari otak yang sihat.

Organ otak ini terdapat dalam tempurung tengkorak kepala kita. Organ otak ini juga perlukan sunbangan darah yang bersih. Otak terdiri dari saraf-saraf tertentu yang apa namanya tidak aku ketahui sangat. Cuma semasa belajar Sains dulu adalah dengar sinaps, dendrit, medulla oblongata dan sebagainya.

Untuk menghasilkan otak yang cantic, kita perlu jaga otak kita dengan tidur yang cukup dan berkualiti, pemakanan yang baik dan benar untuk kesihatan otak (sudah tentulah makanan yang tidak baik,tak baik untuk otak), aktiviti-aktiviti seperti berjalan kaki dan bersenam juga sangat baik untuk otak.

Kalau tuan/puan nak nak tahu tentang ilmu OCOC ini boleh layari website ini www.neuroversiti.com

Terima kasih.

Posted in: Umum | Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *