Strategi Dajjal…serangan pemikiran terhadap orang Islam.

May 17, 2018 | | Say something

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Alhamdulillah selepas Maghrib tadi maka masuklah tarikh 1 Ramadhan 1439 Hijrah bersamaan 16 Mei 2018. Solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Terawih  di masjid.

Balik dari masjid, aku sambung membaca buku yang dipinjam dari pusat sumber tempat sekolah aku mengajar. Ada 2 buku tentang dajjal yang aku pinjam.

Buku pertama yang sedang aku baca bertajuk, “Konspirasi Dajjal Antarabangsa: Siapakah Pengikut dan Penyokong Dajjal? : Yahudi Bina Istana Dajjal di Baitul Maqdis, oleh Abu Muhammad Arafah Adha, terbitan Pustaka al-Ehsan, cetakan 2015.

Pada halaman 179 ada membicarakan tajuk, Sistem Dajjal Telah Berjaya  Menyerang Pemikiran Dan Cara Hidup Umat Islam. Ini antara tajuk yang menarik bagi aku, kerana aku rasa tajuk serangan pemikiran sudah tidak lama disebut atau diperbincangankan.

Tidak perlu tukar perlembagaan yang menyatakan agama rasmi negara adalah agama Islam, tidak perlu ubah pun. Yang perlu untuk menghancur aqidah umat Islam ialah dengan menyerang pemikiran Umat Islam, merubah pemikiran umat Islam, kosongkan dada Umat Islam dari ilmu-ilmu syariat, jadikan umat Islam terlalu berpaksikan akal, jangan beri umat Islam berpaksikan syariat Islam, jauhkan umat Islam sedikit demi sedikit dari syariat Islam, berikan pemahaman yang salah tentang Islam kepada Umat Islam, pokoknya serang pemikiran umat Islam ini supaya Umat Islam ini hancur, paling tidak pun biarlah Islam hanya pada nama dan keturunan sahaja tetapi tidak mengamalkan syariat Islam, berikan pemikiran kalau mengamalkan syariat boleh dianggap sebagai kolot, ketinggalan zaman dan sebagainya.

Orang-orang musyrikan, munafik dan fasik telah belajar bagaimana apabila berperang menggunakan kaedah secara fizikal, Umat Islam sulit untuk dikalahkan secara total, dan mereka telah banyak belajar dari pengalaman bahawa untuk melemahkan umat Islam ialah dengan melakukan serangan mental serangan pemikiran, masukkan bermacam-macam ideologi yang salah ke dalam pemikiran umat Islam supaya Umat Islam menjadi pening, lebih-lebih lagi mereka yang tidak ada asas ilmu fardhu ain dan kifayah maka lagilah senang untuk dipeningkan kepala mereka.

Antara strategi serangan pemikiran yang disebut dalam buku ini pada halaman 183, aku cuba ringkaskan.

  1. Strategi TASYKIK. Iaitu buat satu gerakan yang berupaya menciptakan keraguan dan kedangkalan aqidah Umat Islam itu sendiri. Wujudkan gerakan-gerakan seperti Anti Hadis, gerakan menghinakan Rasulullah SAW, gerakan kempen menyatakan hukum Islam yang ada dalam al-Quran itu sudah tidak sesuai untuk di zaman abad 21 ini.
  2. Startegi TASYWIH. Iaitu satu gerakan yang akan melunturkan kebanggaan Umat Islam terhadap agamanya sendiri. Islam diberi gambaran sebagai agama yang kejam, menyeramkan,sadis,radikal dan sebagai sehinggan menimbulkan kecelaruan dalam hati umat Islam.
  3. Strategi TADZWIB. Iaitu usaha pencairan budaya dan pemikiran. Gerakan kuffar dan munafik cuba mencampur perkara yang hak dan batil ajaran bukan Islam dicampur aduk dengan ajaran yang bukan Islam, yang akan menyebabkan Umat Islam yang tidak tahu syariat Islam yang benar akan menganggap semuanya itu adalah benar yang menyebabkan Umat Islam dalam kebingungan.
  4. Strategi TAGHRIB. Suatu usaha pembaratan dunia Islam supaya umat Islam menerima pakai ideologi yang bukan bersandarkan dari al-Quran dan Sunnah seperti sekularisme, pluralisme,nasionalisme dan liberalisme.

Jadi inilah antara strategi yang digunakan oleh gerakan musuh Islam untuk melemahkan Islam dari dalam. Mereka tidak perlu merubah perlembagaan sesebuah negara yang menjadikan Islam itu sebagai agama rasmi.

Posted in: Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *