Pasca PRU 14

May 13, 2018 | | Say something

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT serta selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya , para sahabat Baginda serta seluruh Muslimin dan Muslimat.

Pada 9 Mei 2018 yang lepas kita semua rakyat Malaysia telah melaksanakan pilihanraya umum kali ke 14. Yang mana kita menyaksikan merubahnya tampuk pemerintahan kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini berada di barisan pembangkang atas tiket Parti Bersatu Peribumi Malaysia (PPBM). Pakatan Harapan ini terdiri daripada beberapa komponen parti politik yang lain seperti DAP,PKR dan Amanah.

Kita menyaksikan juga parti perikatan Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO dengan pemimpinnya Dato Seri Mohd Najib telah kalah dengan hanya berjaya mengkekalkan beberapa buah negeri dengan kemenangan tipis iaitu Perlis, Pahang , Sarawak dan Sabah. Tetapi dengan beberapa kejadian politik di Sabah akhir Sabah jatuh ke parti Warisan.

Parti Islam se Malaysia mengekalkan Kelantan dan menambah Terangganu, manakala di Kedah, PAS mempunyai 15 Adun yang akan menjadi pembangkang yang kuat di Kedah, Insya Allah. Begitu juga di Pahang dan Perak , PAS menang beberapa buah kerusi.

Di Selangor pula menyaksikan PAS hanya menang di Sijangkang, seluruh parlimen dan dun di Selangor PAS tidak menang.

Di kawasan majoriti Melayu Islam, PAS menang beberapa kerusi. Tetapi di kawasan campuran PAS tidak menang. Ini mungkin kerana ada orang Islam sendiri yang tidak memilih PAS dan ada kemungkinan pengundi bukan Islam secara solid tidak memilih PAS.

Saya tetap istiqamah memilih PAS sebagai parti politik dan dakwah. Insya Allah

 

Posted in: Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *