Laman sesawang yang sarat dengan ilmu hartanah,kewangan dan perniagaan.

Dec 11, 2017 | | Say something

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan rahmatNya kita masih mampu melaksanakan segala perintah dan menghindari laranganNya. Kita masih waras, masih bernafas, masih mampu berfikir mana satu yang baik dan mana satu yang tidak baik.

Rasanya sudah lama betul saya tidak menulis dalam blog saya ini, sekarang ini apabila disebut media sosial, akan terbayang Facebook, Tweeter, Instagram, Whatsapp, Telegram. Blog mungkin hampir terabaikan.

Baiklah, tahun lepas sekitar bulan Julai 2016 saya ketemu satu laman sesawang yang sarat dan penuh dengan ilmu pelaburan khususnya ilmu pelaburan berkaitan hartanah. Selain ilmu hartanah ada juga artikel berkaitan cara mengurus kewangan kita, ilmu perniagaan offline atau online dan kisah-kisah inspirasi untuk tatapan pembaca.

Laman sesawang yang dimaksudkan ialah laman sesawang Celikhartanah.com

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca, pelaburan hartanah ini seperti kita beli rumah untuk dibuat sewa adalah satu usaha yang kita perlu bersungguh-sungguh diawalnya dan kita santai-santai diakhirnya hanya dengan mengutip sewa. Kenapa saya katakan kena susah-susah diawalnya? Kerana untuk mula mencari rumah untuk pelaburan pada awalnya sangat memerlukan banyak usaha. Sebab itu sebelum melabur dalam hartanah, anda mesti ada ilmu berkaitan hartanah dan pengurusan kewangan.

Posted in: Catatan Umum, Pelaburan, Perancangan Kewangan | Tags: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *