Pelaburan emas….apa tu?

Aug 14, 2017 | | Say something

Assalamualaikum dan Salam hormat…

Apa khabar anda semua? Harap anda semua sihat le  hendaknya. Sihat mental dan sihat fizikal dan sihat duitnya.

Tahun 2010 adalah tahun yang mula-mula sekali aku dengar tentang emas. Masa itu secara tak langsung aku terjumpa website Tuan Khairul Nahar ni. Bila dah tengok websitenya maka aku pun belilah ebook tentang emas ini. Bila dah ebook ni tahulah aku apa itu emas putih, apa kebenda tu karat, apa itu 999, 916 dan macam-macam lagi asas tentang emas. memang ni ilmu basic tentang emas.

Pada tahun 2012, aku melabur dengan Public Gold dengan jadi ejen, bila dah beli emas masa tu, selepas membelinya baru aku tersedar aku sepertinya sudah ada sedikit silap, sebab masa itu aku beli dengan harga yang tinggi. sepatutnya sebelum aku melabur emas fizikal aku mesti belajar tentang bagaimana nak melabur dengan cara yang betul atau dipanggil menjadi seorang pelabur yang bijak. masa itulah baru tahu sebelum nak melabur kita mesti buat analisis terlebih dahulu, dan analisis ini pula ada dua jenis iaitu analisis teknikal dan analisis fundamental.

Perkara-perkara ni kita mesti belajar sebelum nak buat apa-apa pelaburan, sebab semua bentuk pelaburan pasti akan ada kerugian, tetapi dengan ilmu yang benar dan tepat Insya Allah kita sebagai pelabur yang bijak akan mampu meminimakan kerugian.

Tuan Khairul Nahar ada terbitkan pakej ebook untuk ilmu pelaburan emas  yang sangat sesuai untuk kita yang baru nak mula menceburkan diri atau sebagai ilmu.

Yang pastinya beliau akan kongsikan kepada anda strategi dan teknik yang mampu buat anda menjadi pelabur bijak dalam emas.

Beliau akan tunjukkan dan bantu anda macam mana nak buat Duit dengan emas dalam masa beberapa hari sahaja.

Siapa yang nak buat untung dan buat duit..?

Semua nak rasa kan!

Tapi macam mana nak buat duit dengan emas tu?

Meh sini nak cerita sikit ..

Ada 3 LANGKAH yang anda WAJIB lalui iaitu;

1) Anda kena ada target berapa banyak keuntungan yang anda ingin perolehi atau capai.

2) Anda kena ada perancangan tentang bagaimana anda ingin capai target anda tadi.

3) Anda kena masuk baca panduan tentang strategi bina kekayaan dengan emas.

Haa.. Macam mana?? Nak buat duit dengan emas tak dalam masa 2-3 bulan ni??

Kalau nak, cepat-cepat baca di link ni di Pakej Lengkap Pelaburan Emas….

 

Aku hanya nak beritahu kepada rakan-rakan yang rasa-rasa nak melabur dalam emas, tambahlah ilmu dahulu.

Sebabnya bila kita nak melabur tu pastilah niat kita untuk kembangkan modal kita jadi lebih berkembang banyak dan supaya kita dapat jadi pembayar zakat yang terbesar.

Sebenarnya bukanlah emas, bukanlah saham, bukanlah hartanah, bukanlah saham amanah dan sebagainya yang buat kita jadi jutawan tetapi ilmu…sebijak mana anda mampu memnjadi pelabur bijak.

Saya sendiri sudah tidak aktif sangat melabur emas ni….saya fokus saham saja…sebab tak menganggu kerjaya saya sebagai seorang cikgu.

Sekian terima kasih… Assalamualaikum.

Posted in: Pelaburan | Tags: , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *