Ini kerana rakyat Korea Selatan yang amat mementingkan kesihatan dan alam sekitar, sentiasa mencari yang terbaik bukan saja untuk kesihatan tetapi mesra alam serta sinonim dengan teknologi hijau.

Penapis air Cuckoo sangat popular di Korea Selatan, ini dapat dilihat daripada panggilan dan pesanan setiap dua minit semasa ditayangkan di GS Shop sama seperti di Go Shop di rangkaian Astro di negara ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Electronics, Koo Bon Hak berkata, penapis air ini menapis dan menghasilkan purata kadar alkali pada pH 7.5 dan sangat kaya dengan mineral serta bebas dari unsur logam berat serta menepati piawaian Pertubuhan Kesihatan Bangsa-bangsa Bersatu (WHO).

“Penapis air Cuckoo sesuai untuk minuman seisi keluarga. Kebanyakan penapis air popular biasanya menghasilkan air osmosis berbalik (RO) tidak mempunyai mineral dan boleh memberikan kesan kurang baik kepada kesihatan,” katanya semasa sesi pengenalan duta media antarabangsa Cuckoo yang baru, Kim Soo Hyun baru-baru ini.

Bintang mega Korea itu, kini adalah wajah baru produk Cuckoo secara keseluruhannya selama sekurang kurangnya setahun.

Kim Soo Hyun tampil dalam segala bentuk pengiklanan – media elektronik, cetak dan alternatif di seluruh Korea Selatan, China, Vietnam, Singapura dan Malaysia.

“Saya berpeluang menyaksikan semua produk Cuckoo sepanjang penggambaran iklan dan sejujurnya, produknya memang menawan hati saya untuk memilikinya,” katanya.

Soo Hyun menambah, penapis air model Jazz yang dilancarkannya mempunyai ciri auto pensterilan yang amat bermanfaat untuk generasi yang sentiasa mementingkan kebersihan tanpa kerja remeh.

Apabila ditanya perasaannya terpilih sebagai Duta Cuckoo, Kim Soo Hyun menjawab “Saya amat tersentuh dan berbesar hati. Anda, pasti akan mempunyai perasaan serupa jika dikaitkan dengan produk tempatan yang menjadi bualan di negara lain.

“Saya amat bangga menyaksikan perkembangan Cuckoo ke pasaran antarabangsa,”.

Sementara itu Bon Hak menambah penapis air Cuckoo masih boleh digunakan walaupun bekalan elektrik terputus dan penggunaan elektrik serendah hanya RM 6 hingga RM 8 sebulan.

Boo Hak berkata, penapis air Cuckoo bukan saja telah lama berada di pasaran tetapi paling laris dan menjadi pilihan di Korea Selatan kerana harga mampu milik.

Pelanggan boleh memilih pelbagai model yang sesuai seperti diletakkan di atas meja atau kabinet dapur atau model yang mempunyai tapak untuk pejabat.

“Kesemua model senang dibersihkan kerana semua bahagian senang ditanggal dan dipasang semula. Selain itu penukaran sistem penapisan dalam masa singkat bagi memastikan kebersihan maksimum.

“Bagi ciri keselamatan, terdapat suis panas dan sejuk berasingan bagi memudahkan pengguna,” katanya.

Boo Hak berkata, pihaknya memberikan pelanggan pelbagai pilihan mengikut bajet, lokasi dan kegunaan.

Malah mereka boleh memilih model penapis air yang boleh bercakap sama ada bahasa Melayu, Inggeris atau Cina bagi pasaran Malaysia.

“Sebelum membeli penapis air, pilih yang menepati piawaian WHO dan perkhidmatan penyelenggaraan serta jaminan memastikan bekalan air bukan sahaja bersih tetapi menyihatkan.

Percuma

“Jika terdapat masalah, pelanggan hanya perlu membuat panggilan ke pusat perkhdmatan pelanggan dan petugas akan datang untuk tujuan penyelenggaraan secara percuma,” katanya.

Penapis air Cuckoo menghasilkan air beralkali yang amat baik untuk menyahtoksik bahan berasid dalam badan yang diserap dari persekitaran, ubatan, makanan tidak semula jadi dan proses penuaan yang “biasa”.

Bahan toksik yang terkumpul dalam tubuh boleh menyebabkan keadaan kesihatan serius dan minum air alkali setiap hari boleh meneutralkan asid pada sel dan tisu.

Ketika proses ionisasi, penapis alkali menjadikan air lebih halus yang membuatnya lebih mudah diserap ke dalam sel. Ini menghasilkan “super-hidrat” kepada badan.

Air alkali berfungsi sebagai antioksidan yang meneutralkan radikal bebas yang berbahaya.

Boon Hak berkata, berbeza dengan penapis air yang ada di pasaran, semua model Penapis Air Cuckoo menggunakan Teknologi Generasi ke-3 dan terkini, iaitu Teknologi Nano Positif yang menapis unsur berbahaya, logam berat dan 99.99 peratus virus dan bakteria dari air sambil mengekalkan kandungan mineral yang baik.

“Penapis air ini mempunyai enam tahap penapisan dengan empat penapis yang menghasilkan air bersih, bebas benda asing dan kaya mineral yang mengikut piawaian WHO.

Penapis air “Natural” telah dipatenkan bagi menghasilkan air yang memberi kesan kesihatan hampir sama dengan air semula jadi.

“Semua penulen air Cuckoo menggunakan keluli tahan karat berketumpatan tinggi untuk mencegah kesan kimia plastik pada suhu tinggi, menghapus pembentukan “fur” dan memastikan situasi bersih setiap masa.

“Cuckoo adalah jenama penulen air pertama di Malaysia yang memperkenalkan perkhidmatan Steam-Sterilization atau penghapusan kuman menggunakan wap. Perkhidmatan Cuckoo’s Natural Care dibuat oleh profesional terlatih,” katanya.

Selain itu tiada air terbuang ketika proses penapisan dan ia masih efektif walaupun berada di kawasan tekanan rendah.

Layari www.cuckoo.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penapis Cuckoo.