Kenapa pilih penapis air Cuckoo?

May 22, 2017 | | Say something

Saya dan isteri kedua-duanya bertugas sebagai seorang guru. Kami berdua mengajar pada sesi pagi. Kami mesti tiba di sekolah sebelum jam 6.45 pagi.

Di area kami pagi-pagi jalanraya sudah sesak kerana ramai ibu bapa keluar menghantar anak masing-masing ke sekolah. Jadi sebelum jam 6 pagi kami mesti sudah bergerak. Jam 4.30 pagi kami perlu bangun, solat Subuh dahulu, kemudian barulah kami mengurus anak-anak kami. Kami tidak mengambil khidmat orang gaji.

Untuk lebih menjimatkan isteri saya akan memasak sarapan dan bekal untuk saya dan anak-anak juga. Isteri juga akan menyediakan bekal air putih untuk saya dan anak-anak bawa ke sekolah dan tadika. Saya dapat bayangkan betapa sibuknya isteri saya pada setiap pagi, dari mula mengosok baju hinggalah memasak sarapan dan bekal pagi.

Saya pula membantu isteri dengan mengejutkan anak-anak untuk bangun dan memandikan anak yang masih kecil dan memakaikan pakaian mereka ke sekolah.

Jadi, salah satu cara untuk membantu kami menguruskan anak-anak pada setiap pagi ialah menggunakan penapis air yang mempunyai sistem air panas,air sejuk dan air suam. Penggunaan gas memasak pun dapat dijimatkan kerana kami tidak perlu memasak air menggunakan dapur gas.

 

Baiklah, kami sekeluarga menggunakan penapis air Cuckoo King Top. Kami menggunakan kaedah sewa beli atau rental sebayank RM 60 sebulan selama 7 tahun atau 84 bulan. Yang menariknya untuk memasang penapis air Cuckoo King Top ini kami tidak membayar deposit dan tidak membayar yuran pemasangan.

 

Dalam tempoh 7 tahun itu juga kita dapat penyelengaraan penapis air secara percuma selama 7 tahun. Dan penukaran penapisnya akan dibuat 4 bulan sekali. Menariknya bukan?

 

Di samping kami menjadi pengguna Cuckoo, kami juga menjadi Cuckoo Natural Executive iaitu di mana kami boleh membantu anda untuk memasang penapis air King Top ini… Insya Allah.

 

Insya Allah dalam post yang akan datang kami akan ceritakan kenapa saya memilih Cuckoo?

 

Fan Page Tim ALONG Cuckoo TAWAU

Posted in: Catatan Umum | Tags: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *