Projek RM 10,000 Sebulan

May 19, 2017 | | Say something

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah kita menjalani kehidupan di atas muka bumi ini dengan baik.

 

Selawat untuk Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda, seluruh umat Islam.

 

Insya Allah semasa aku menulis blog ini dalam 8 hari lagi kita memasuki bulan Ramadhan 1438 Hijrah bersamaan 2017. Alhamdulillah tahun ini kami sekeluarga berpuasa di Tawau sebelum ini hampir 8 tahun kami berpuasa di Ranau.

 

Insya Allah, isteri saya juga dijangka bersalin dalam bulan puasa juga, mohon kepada rakan-rakan doakan urusan bersalin dimudahkan, Insya Allah.

 

Baru-baru ini saya telah menyertai Tim Along Cuckoo Malaysia. Sebelum ini saya telah menyertai Tim Along Little Trees dan X-tra Strenght Little Trees iaitu sejenis pewangi udara.

 

Tim Along Trusted Seller

 

Kerana apa saya menyertai Tim Along Cuckoo Malaysia ini?

 

Pertama sekali Tim Along ini adalah satu platform pengedaran produk. Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, kuda perang atau ejen jualan Tim Along ini berada di seluruh Malaysia termasuklah saya sendiri yang menjalan bisnes ini secara separuh masa. Insya Allah dalam 3 tahun lagi saya dan keluarga akan buat bisnes ini sepenuh masa, dan tidak terikat badan dengan bisnes ini nanti, maknanya bisnes kami ini nanti akan berjalan dengan sistem.

 

Pengasas Tim Along ini ialah Tuan Mohd Hellas Mohd Shahir seorang yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun lebih dalam bidang jualan di jalanan atau kita sebut Face To Face, jualan bersemuka, F2F.

 

Dan beliau telah mewar-warkan projek bisnes untuk tahun 2017, antaranya projek rm10,000 sebulan secara dropship dan tanpa modal. Bisnes ini ialah bisnes jualan produk Cuckoo iaitu satu jenama dari Korea Selatan yang menjual produk kegunaan rumah seperti penapis air, penapis udara dan pemasak nasi.

Apabila saya tahu projek ini, tanpa berlengah lagi saya terus menelefon Saudara Along Hellas ini sama-sama turut serta dalam projek beliau RM10,000 sebulan. Saya pasti ini bukannya projek scam, kerana saya pernah juga menjual 13 penapis air yang murah, tetapi masalah yang timbul pada itu ialah penapis air murah ini tidak ada khidmat penyelenggaraan selepas jualan, itu yang meyebabkan saya perlahankan promosi saya pada waktu itu kerana saya berkerja sebagai seorang guru.

 

Yang menariknya, Cuckoo ini kita boleh buat bisnes dengan mudah, Cuma kita hanya perlu promosikan sahaja, saya fokus kepada Cuckoo Online Marketer, di mana saya menggunakan platform internet untuk menjual produk Cuckoo ini.

 

Insya Allah, jika tuan-tuan dan puan-puan sedang mencari penapis air, penapis udara dan rice cooker, boleh hubungi, Insya Allah saya bantu anda untuk mendapatkan yang terbaik dan sesuai untuk anda sekeluarga.

 

Hubungi saya :

Tim Along Cuckoo Tawau

 

Mohd Azril bin Mohamed Salleh

Cuckoo Natural Executive 34014

HP: 016 8020 912

 

 

Posted in: Catatan Umum | Tags: , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *