Cerita hujung minggu

May 14, 2017 | | Say something

Assalamualaikum WBT dan salam hormat.

Pernah sekali ada kawan bertanya kepada saya,

 

“Azril, kamu sudah bekerja sebagai guru,gred pun sudah masuk DG44,tetapi kenapa kamu masih lagi buat jual-jual ni, kamu banyak hutang ke?”.

 

Terkedu jugalah aku hendak menjawab pertanyaan ini, macam hendak marah pun ada juga,mungkin ada sedikit terasa di lubuk hati yang paling dalam ini.

 

Pertama, aku mula terdedah dengan berniaga ini semasa di sekolah rendah lagi, masa itu tolong Mak jual jeruk buah mangga di sekolah, sebungkus 20 sen. Dan siap promosi lagi kalau hendak beli aiskrim sila datang ke rumah, sebatang jual 10 sen,paling laku masa itu ialah airkrim kacang hijau dengan aiskrim asam boi yang berwarna merah itu.

 

Masuk sekolah menengah pula masuk sekolah berasrama jadi budak hostel. Masa itu belajar dengan senior mengunting rambut, sekali servis gunting rambut 50 sen.

Posted in: Catatan Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *