Cara mendaftarkan perniagaan secara online dengan SSM.

Mar 9, 2017 | | Say something

 

Alhamdulillah, semalam aku telah berjaya mengaktifkan akan SSM online aku sendiri. Tetapi aku masih belum lagi membuat apa-apa pendaftaran perniagaan kerana aku tidak tahu hendak pilih nama yang sesuai untuk perniagaan aku ini.

Perniagaan yang hendak aku daftarkan ialah perniagaan internet iaitu aku ada menjual beberapa produk digital seperti ebook dan panduan video.

 

Sebab apa aku ingin mendaftarkan perniagaan online ini kerana aku nak buat betul-betul sampai perniagaan online ini akan menjadi satu sumber pendapatan pasif aku nanti.

 

Baiklah untuk mula-mula kita hendak daftar pendaftaran perniagaan secara online dengan buka laman sesawang ini http://ezbiz.ssm.com.my/?0 dan tekan pada butang Sign Up. Isikan maklumat yang diminta. Selepas berjaya membuat pendaftaran kita akan dapat emel yang menyatakan akaun kita sudah berjaya dibuat tetapi masih perlu dibuat pengaktifan dan emel ini kita perlu print. Kita perlu pergi ke pejabat SSM yang terdekat dengan membawa kad pengenalan dan salinan print emel tadi. Beritahu kepada pegawai SSM untuk mengaktifkan akaun kita. Lepas itu akaun kita akan diaktifkan. Maka kita sudah boleh membuat pendaftaran perniagaan hanya secara online dan tidak perlu lagi kita pergi pejabat SSM, jimat masa dan jimat wang.

 

Oleh kerana aku berada di Tawau maka aku berurusan di SSM Tawau. Rupa-rupanya pendaftaran perniagaan online hanya sah untuk kita buat perniagaan online sahaja, kerana untuk berniaga di Tawau kita perlu buat lesen perniagaan dengan Majlis Perbandaran Tawau iaitu jika di Sabah ini untuk urusan lesen berniaga kena berurusan dengan pihak berkuasa tempatan. SSM di Tawau hanya buat pendaftaran untuk PLT dan Sdn Bhd sahaja.

Posted in: Bisnes Internet, Catatan Umum | Tags: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *