Panduan berniaga di eBay

Mar 3, 2017 | | Say something

Assalamualaikum WBT dan salam hormat.

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita masih mampu berjalan melihat mendengar makan minum di atas muka ini. Dengan kesempatan dan peluang yang ada kita rebut sebaik-baiknya untuk mengumpul bekalan di akhirat kelak iaitu dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan berbuat kebaikan.

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda dan orang di atas muka ini semoga mendapat hidayah dan rahmat Allah SWT.

 

Hari ini aku nak cerita tentang EBAY. Berdasarkan pembacaan aku daripada internet ini EBAY ini ialah sebuah laman sesawang atau website lelong yang membolehkan semua orang dari seluruh dunia melakukan jual beli berbagai barang dan perkhidmatan.

 

eBay ini didirikan pada tahun 1995 oleh Pierre Omidyar tetapi aku tidak tahu latarbelakang beliau ini. Yang saya tahu eBay ialah tempat kita jual beli barang dari seluruh dunia.

 

Sebelum ini aku ada membeli panduan ecommerce Shopievo yang diterbitkan oleh Saudara Wazeen Azizan dan timnya. Dan memang aku buat Shopievo ini, masa itu aku pilih niche “cycling” khusus jual lampu basikal, alhamdulillah masa itu aku dapat jual 10 barang secara dropship.  Dan cara untuk memasarkan ecommerce kita kena guna media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya yang mana untuk ini kita mesti tahu bagaimana memaksimakan penggunaan iklan berbayar ini.

 

Manakalah eBay ini orang sudah kenal dan menjadi satu tempat untuk mencari barang-barang yang mereka perlukan. Macam pasar malam atau tamu jugalah, tempat ini sudah menjadi satu tempat di mana orang ramai akan datang untuk mencari apa barang yang mereka perlukan. Tetapi ramai-ramai yang itu bukanlah nak beli semua barang yang ada dijual itu.

 

Maknanya sebelum kita menjual menjual barang di eBay adalah sebaiknya kita kaji terlebih dahulu apa barang atau produk yang sedang menjadi trending yang sedang dicari orang.

 

Bila kita sudah dapat apa produk yang menjadi trend, barulah kita cari supplier yang boleh supply barang-baran tersebut.

 

Ada kawan saya di Facebook dia ada terbitkan sebuah ebook panduan bagaimana berniaga di eBay dan beliau ada juga buat Bengkel eBay di Johor.

 

Klik sini untuk ebook panduan ebay.

Klik sini untuk join bengkel ebay.

Posted in: Bisnes Internet, Umum | Tags: , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *