Derivatif Komoditi.

Jan 28, 2017 | | Say something

468x60

 

 

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Alhamdulillah.

Hari ini hari Sabtu, di mana para guru dan murid sekolah sudah bercuti dari hari Khamis lagi sampai ke hari Selasa minggu depan. Cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina. Aku duduk sendiri sahaja di rumah, manakala isteri dan anak-anak aku balik ke kampung. Aku tidak balik kerana nanti senang nak hantar dan ambil mereka, kerana kampung mertua aku ini terletak di pulau, kalau naik tongkang lebih kurang 1 jam 45 minit jugalah hendak sampai ke sana.

Baiklah sehari dua ini aku tertarik hendak tahu apa itu FCPO a.k.a Future Crued Palm Oil atau dalam bahasa Melayunya disebut Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah. Apa yang intrumen pasaran hadapan ini dikawal oleh Bursa Malaysia dan ada “syariah compliant” daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Maklumat yang terdapat dapat website Bursa Malaysia ada menjelaskan bahawa :

Bursa Malaysia Derivatives Berhad (BMD) ditubuhkan pada tahun 1993 adalah anak syarikat Bursa Malaysia Berhad. BMD mengawal selia, menyediakan servis penyelesaian serta menawarkan produk niaga hadapan dan opsyen dari kategori ekuiti, kadar faedah, bon, komoditi pertanian (sawit) dan komoditi logam (emas & timah). Produk-produk BMD didagangkan melalui CME Globex, iaitu platform dagangan elektronik yang mempunyai akses global yang lebih meluas.

 

Bursa Malaysia Derivatif (BMD) menawarkan 3 kategori derivatif: Derivatif Komoditi, Instrumen Derivatif Ekuiti dan Derivatif Kewangan

FCPO ini termasuk dalam Derivatif Komoditi.

Produk Derivatif Komoditi  terdiri daripada dua (2) kategori, iaitu pertanian dan logam berharga. Berikut ialah produk derivatif komoditi yang disediakan oleh BMD:

 

Posted in: Catatan Umum, Umum | Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *