Antara Ilmu yang bermanfaat untuk orang yang menjalankan perniagaan

Jan 19, 2017 | | Say something

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera….

Hari ini aku jumpa satu website yang sesuai untuk orang yaang berniaga iaitu bagaimana nak cari customer dengan mengguna iklan dengan facebook ini.

Cuba baca skrip ini, ok.

LIKE MARKETING ITU TIPU DAN RUGI?

BACA 12 TIP PEREMPUAN INI YANG JANA SALES 4 ANGKA DALAM MASA 10 HARI TANPA LIKE MARKETING.

Cikpuan Adirah mempunyai masalah yang biasa dilalui oleh kebanyakan usahawan baru, “Bukan kena dapat LIKE banyak dulu sebelum buat iklan menjual?”

Ini masalah biasa. Bukan salah orang yang mengajar, bukan juga salah peserta yang belajar. Tetapi isunya terletak pada mana satu yang penting untuk bisnes baru. Sila baca 12 tip bagaimana Cikpuan Adira jana sales hampir RM5 ribu dalam masa 10 hari tanpa LIKE marketing?

1. Adakah LIKE marketing itu berbaloi? Jawapannya, ya dan tidak.

2. Ya, jika kita faham kenapa kita buat LIKE marketing. Tidak, jika kita buat sekadar sifu suruh atau sekadar ikut orang lain buat benda yang sama.

3. LIKE marketing bukan tak bagus. LIKE marketing sangat bagus untuk jangka masa panjang. Jika kita baru memulakan bisnes, LIKE marketing adalah satu pilihan. Bukan satu kemestian.

4. Untuk bisnes yang baru bermula di FB, fokus utama yang lebih menguntungkan adalah menghasilkan iklan yang berkesan kepada prospek yang bersedia untuk membeli.

5. Dalam kes Cikpuan Adirah. Fokus beliau berubah daripada LIKE marketing kepada fokus untuk dapatkan customer.

6. Beliau menggunakan ilmu menghasilkan iklan dalam Ads Vault. Tak sampai 48 jam, Cikpuan Adirah sudah sediakan 4 iklan (copywriting dan gambar yang berbeza) untuk bereksperimen.

7. Tiga iklan yang beliau hasilkan gagal menghasilkan sales. Tetapi 1 iklan beliau berjaya mendapatkan sekitar 1 ke 8 customer baru sehari.

8. Untuk permulaan, beliau hanya spend RM30 ke RM50 sehari sehingga betul-betul sudah jumpa 1 iklan yang memberikan pulangan positif.

9. Cikpuan Adirah juga tidak menggunakan semua platform iklan. Sebelum ini, beliau spend duit iklan di FB Ads dan Instagram Ads.

10. Selepas faham betul-betul kepada siapa beliau nak jual produk, fokus beliau hanya 100% FB Ads.

11. Dalam masa 10 hari, jumlah perbelanjaan FB Ads mencecah RM1,000 (sekitar RM100 sehari). Ini selepas beliau jumpa 1 iklan yang memberi pulangan lumayan.

12. Jumlah sales beliau dalam masa 10 hari adalah RM4,200. Dan dapat 35 prospek yang whatsapp berminat tentang produk.

“Ilmu yang tuan ajar dalam Ads Vault memang sangat sesuai untuk orang faham apakah ‘rahsia’ asas buat iklan berkesan.” – Adirah.

Sekali lagi kami tekankan, LIKE marketing itu tidak salah dan bukan tidak berkesan. Ia sangat bagus untuk jangka masa panjang.

Untuk bisnes baru, jumlah prospek, jumlah customer, dan jumlah sales menjadi nafas untuk meneruskan bisnes.

Jadi jalan terbaik adalah membina iklan yang berkesan terlebih dahulu. Dapatkan 1,000 sales pertama. Kemudian gunakan bajet sedia ada untuk lakukan LIKE marketing.

Posted in: Bisnes Internet, Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *