Jan 18, 2017 | | Say something

Assalamualaikum wbt dan salam hormat.

 

Teringat pada tahun 2016 saya dan isteri membuat jualan makanan. Kami jual kepada pelajar asrama di tempat isteri isteri bertugas. Alhamdulillah dengan hasil jualan itu kami dapat menampung bajet perbelanjaan kami setiap setiap bulan. Kami berbelanja lebih sedikit supaya keluarga kami dapat perkhidmatan yang terbaik. Kerana kita ada pilihan samada nak servis yang terbaik, sederhana dan biasa. Apabila kita hendak mendapat perkhidmatan yang terbaik di situ ada kosnya, kena keluar sedikit duit. Jadi nak tak nak kami mesti mencipta sumber pendapatan kedua.

 

Sebenarnya masa kecil dulu saya penggila makan benjo a.k.a burger telur, setakat 3 biji itu selamba sahaja saya habiskan…hehehe

 

Jadi, selepas pulan dari sekolah, saya mula masak lebih kurang 20 biji burger, 10 biji burger ayam, 10 biji burger daging lembu serta 10 biji roti john. Alhamdulillah selama beberapa bulan jualan burger kami berjalan secara kecil-kecilan.

 

Tetapi apabila tukang charter anak kami mula berhenti bawa kereta charter kerana dia menghadapi sakit buah pinggang, saya mula menghantar dan mengambil sendiri anak2 dari sekolah, tetapi pada waktu saya masih lai memasak burger. Lama ke lamaan saya rasa macam tidak sempat, kerana selepas sekolah pagi nak hantar anak ke sekolah agama. Saya rasa penat, kalau dapat masak burger pun sekitar 10 biji sahaja.

 

Ramai juga kawan saya dan kawan2 isteri serta pelajar2 yang makan burger saya bikin itu sedap dan mereka cakap saya ini sudah layak membuka kedai burger.

 

Sebenarnya resepi cara memasak burger itu saya hadam dengan membaca ebook cara memasak burger yang mantap yang ditulis oleh anak Chef Li yang pernah tulis buku rahsia jutawan senyap tu.

 

Sekian terima kasih.

Posted in: Catatan Umum, Umum | Tags: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *