Tahun 2017.

Jan 17, 2017 | | Say something

Tahun 2017 mungkin tahun yang mencabar untuk aku kerana dalam tahun aku tengah berusaha untuk mencipta sumber pendapatan kedua yang melebihi sumber pendapatan utama aku. Sebabnya apabila sumber pendapatan kedua ini berjaya dilaksanakan maka aku boleh berhenti kerja makan gaji. Walaupun kerja sendiri ini boleh membuat aku jadi sibuk tetapi sekurang2nya aku boleh fokus untuk jaga ahli keluarga tanpa perlu nak mengadap bos, nak minta cuti dan sebagainya.

Aku sasarkan dalam 10 tahun dari tahun 2010 iaitu sejak mula aku bertugas di Ranau Sabah. Maknya aku ada lebih kurang 3 tahun lagi untuk mencapai matlamat ini.

Tahun lepas 2016 aku dan isteri menjalankan perkhidmatan rawatan resdung, sejak berpindah ke Tawau kurang sedikit aktiviti merawat resdung sebab belum buat promosi lagi. Kalau ada rakan-rakan pembaca blog ini yang berada di Tawau dan hendak mendapatkan rawatan resdung boleh le hubungi saya di 016 8020912. Nak tahu kaedah yang kami guna, boleh rujuk di website dRResd.

Di samping buat perkhidmatan rawatan resdung, aku juga ada jual barang di ebay dot com, hasilnya dalam matawang USD. Insya Allah nanti ada kawan aku nak terbitkan cara membina perniagaan kita di ebay. Berniaga di ebay ini kita tidak perlu sangat keluar modal untuk FB ads, cuma kena keluar sikit modal dalam usd1 sahaja, beli sampai 10 item untuk dapatkan 10 feedback. sebelum berniaga di ebay kena bina dahulu trust reputasi di ebay supaya buyer yakin yang kita bukan scammer.

sekian terima kasih.

Posted in: Catatan Umum, Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *