Ilmu membaiki telefon bimbit.

Jan 17, 2017 | | Say something

Assalamualaikum wbt dan salam hormat.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya sukses membaiki handphone Asus Zenfone 2 ZE551ML yang rosak charging portnya. Charge bateri tidak dapat masuk. Hampir satu hari jugalah handphone saya ini tidak dapat dihidupkan. Susah juga apabila tiada handphone kerana di zaman ini boleh dikatakan komunikasi amat penting juga, jika ada apa-apa berita daripada isteri kah, isteri nak pesan untuk ambil anak di sekolah dan sebagainya.

Jadi dengan berbekal sedikit ilmu yang aku belajar dari Rahsia HP ini dapatlah juga aku mengecheck serba sedikit handphone aku ini, memang sudah dapat dipastikan bahawa bahagian charging port yang bermasalah. Sebelum ini aku tukar sendiri lcd handphone, aku beli lcd tu di lelong dot com dot my. Cuba tengok di RahsiaHP dan cara membaikinya di internet.

Sementelah aku sudah berpindah di Tawau dan adik ipar aku memang ada buka kedai membaiki dan menjual alat berkaitan handphone. Aku pergi kedai adik ipar dan alhamdulillah di kedainya ada alat ganti charging board untuk Asus Zenfone 2 aku, aku beli dengan harga rm18, padahal boleh saja aku nak minta murah, tapi aku tak minta pun sebab nak tolong juga kedai dia ni, lagi pun aku rasa bersyukur sangat sebab dapat alat ganti yang nak itu.

Sampai sahaja di rumah, aku terus menjalankan kerja-kerja menukar charging board itu, tak sampai setengah jam alhamdulillah bahagian charging dapat ditukar…kalau dah tahu memang senang lagipun tak perlu nak guna solder-solder ni.

Sekian terima kasih.

Posted in: Catatan Umum, Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *