Panduan Affiliate Untuk Newbie [Part 1]

Apr 15, 2016 | | Say something

Pendahuluan.

Tahun 2015 dan 2016 kita menyaksi berbagai kemelut yang dihadapi negara kita dan juga seluruh dunia. Kita menyaksikan kelembapan ekonomi, ramai perkerja yang VSS dan ramai juga yang dibuang kerja. Di luar sana juga sangat ramai lepasan sekolah menengah, lepasan kolej dan lepasan universiti yang sedang berjuang bertungkus lumus mencari peluang perkerjaan yang sesuai dengan kelayakkan akademik mereka.

 
Dengan ada ketidaktentuan ekonomi dunia juga menyebabkan harga minyak bahan bakar kenderaan kadang-kadang naik dan turun. Kelembapan ekonomi juga menyebabkan ramai orang yang berusaha mencari sumber pendapatan yang lain secara separuh masa. Yang sedihnya ada yang terjerumus dalam skim cepat kaya dan akhirnya ditipu dengan kerugian duit yang kepalang banyakknya.

 
Baiklah kali ini, penulis ingin mengetengahkan idea bisnes diwaktu kegawatan ekonomi yang tidak menentu ini. Secara terus terangnya jika anda sekarang mempunyai sebuah komputer atau laptop dan capaian internet, maka anda sebenarnya sudah boleh buat bisnes internet iaitu Affiliate.

 
Menjana pendapatan melalui affiliate adalah perniagaan zaman sekarang. Melalui affiliate, anda boleh menjadi agen kepada beribu-ribu produk. Tidak seperti perniagaan offline, anda terhad untuk menjadi agen kepada satu atau dua produk sahaja.

 
Tidak seperti produk offline, sesiapa sahaja boleh menjadi affiliate di produk online. Anda tidak perlu keluarkan modal untuk beli barang, anda tidak perlu memakai baju cantik-cantik untuk berjumpa dengan pelanggan, dan anda tidak perlu bermanis lidah.

 
Affiliate secara online adalah peperangan menggunakan minda. Jika anda berani, anda akan berjaya. Jika anda rajin, anda akan berjaya. Jika anda bijak, anda akan berjaya. Dalam pemasaran affiliate, anda perlu ada minda peperangan kerana ia adalah perniagaan dan perniagaan adalah peperangan. Kesimpulan anda perlu jadi kreatif, dan jika anda perlu kreatif, maka anda perlu banyak pengalaman.

 
Jika pesaing anda bergerak 1 langkah, anda perlu bergerak 10 langkah. Sejauh mana kuatnya pesaing anda, sejauh mana otainya pesaing anda, jika anda bergerak dengan 10 langkah ke hadapan, anda pasti akan berjaya mengejar mereka.

 
Di dalam penulisan ini, saya akan huraikan apa yang boleh anda lakukan untuk mempromosi produk affiliate anda. Adalah diharapkan pendedahan saya ini akan membantu anda untuk menerima lebih banyak komisyen dengan affiliate nanti.

—bersambung ke Part 2. Stay Tuned.

Posted in: Bisnes Internet | Tags: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *