Beli secara ONLINE di INTERNET?

May 9, 2010 | | Say something

Assalamualikum wbt… hari ini ahad…nak basuh kereta pun malas rasanya…huhu

Ok..terus kepada topik yang aku nak cerita kali ini ialah BELI SECARA ONLINE DALAM INTERNET…

Beli secara online, memudahkan kita untuk membeli apa2 barang samada di dalam Malaysia atau pun di luar negara. Cuma kita kena pastikan bahawa pihak yang menawarkan pembelian secara online tu benar wujud.

Untuk memudahkan pembelian secara ONLINE ini sekurang2nya kita perlu ada perbankan online..sebagai contoh aku menggunakan khidmat perbankan internet seperti CIMBCLICKS. Dengan menggunakan perbankan internet ini sebenarnya kita dapat menjimatkan tenaga kita, kerana kita tidak memandu ke bank atau beratur panjang dsb. Dengan kaedah ini kita boleh bayar loan kereta, bayar sewa rumah, bayar bil celcom dll, reload kredit henpon, bayar bil astro, bayar hutang/loan hanya dari rumah saja (rumah yang ada interner jer).

Antara bank2 yang menawarkan perkhidmatan perbankan Internet:

www.cimbclicks.com.my (CIMB)

www.maybank2u.com.my (MAYBANK)

www.rhbbank.com (RHB)

www.PBeBank.com (Public Bank)

www.irakyat.com.my (Bank Rakyat)

www.hsbc.com.my (HSBC)

Pos Malaysia pun ada menawarkan secara online…

www.posonline.com.my Pemegang akaun dari Bank Islam, RHB, Hong Leong BB, Bank Rakyat, CIMB, Eon Bank, al Rajhi dan Affin Bank boleh mendaftar sebagai di www.posonline.com.my untuk membayar bil2 dari “current & saving” akaun sahaja.

Dalam internet juga ada menawarkan perkhidmatan pembelian secara online contoh e-BAY, lelong.com, amazon.com dan banyak lagi…termasuklah Stormreaders.

Jimat masa..jimat tenaga…tak payah beratur lama kat bank atau pejabat..(kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan).

Sekian, setakat ni saja dulu pengetahuan yang ingin dikongsikan.

Mohd Azril Salleh.

Posted in: Catatan Umum, Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *