Usahawan Pemuda Muslim

Dec 28, 2008 | | Say something

Dalam jam 6 petang tadi aku dengan isteri aku pergi ke Masjid Shah Alam. Selepas menunaikan solat maghrib di situ, kami pergi ke tapak gerai pameran ekspo yang dianjurkan oleh JIM, dan aku pun tidak pasti apa nama sebenar ekspo tersebut. Kebetulan dua kawan aku ada buka gerai jualan . Saipul jual baju muslim dan buku-buku agama, si Nik jual minyak wangi. Kebetulan aku pula baru nak promosikan penapis air FnR tapi tak sempat. Mungkin lain kali baru ada rezeki. Insya Allah.

Tapi apa yang penting ialah semangat keusahawana yang ditonjolkan oleh kawan-kawan aku ini. Walaupun kerja makan gaji tetapi berniaga adalah sampingan. Berniaga adalah salah satu sunnah Nabi SAW.

Posted in: Catatan Umum, Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *