Temuduga SPP

Dec 23, 2008 | | Say something

Alhamdulillah,hari ini aku masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang segar. Dan aku masih diberi kesempatan oleh ALLAH SWT untuk diberi tawaran perlantikan pegawai perkhidmatan pendidikan.

Insya Allah, aku akan ditemuduga pada 8 Januari 2008 bermula 7.30 pagi di Putrajaya. Gembira pun ada, rasa berebar-debar pun ada.

Semasa aku menulis ini, aku masih berada di rumah mak dan abah aku yang terletak sungai besar selangor. Adik aku, si zubir baru sahaja melangsungkan pernikahannya. Kami adik beradik menjadi ajk kenduri kahwin si zubir. Memang sibuk, sampai tak dapat nak santai-santai.huhu.

Apa-apa pun, aku ucapkan kepada adik aku ni, si zubir, supaya ngko menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Insya Allah.

Posted in: Catatan Umum, Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *