Pendapatan Sampingan.

Dec 18, 2008 | | Say something

Alhamdulillah, pagi ini aku masih diberi kesempatan untuk hidup. Rasanya sudah lama aku menulis dalam blog aku ini. Maklumlah sekarang ini aku sibuk sedikit kerana minggu ini akan dilaksanakan kenduri kahwin adik lelaki aku.

Di samping itu, ada satu projek yang membuat aku macam tidak boleh hendak santai. Bulan lepas, aku ada membeli sebuah penapis air teknologi nano. Aku beli penapis air tersebut tanpa banyak fikir. Sebabnya harganya memang murah sangat RM600. Harga asalnya RM1880. Mulanya aku memang macam tak percaya saja.

Tapi bila aku pakai produk ini, aku telah diperjelaskan plan pemasaran yang dijalankan oleh syarikat tersebut,barulah aku faham. Dan Alhamdulillah, setakat ini aku telah berjaya menjual 6 unit penapis air. Jadi, sekarang ini aku sedang menjalankan promosi kepada kawan-kawan, saudara mara dan adik beradik aku.

Aku yakin dengan projek  ini, sebab ianya terjangkau dengan bajet kita. Aku kerja makan gaji, nak tambah pendapatan dengan cara yang halal.fnr

Posted in: Catatan Umum, Umum | Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *