Dengan Nama Allah, aku menulis.

Nov 25, 2008 | | Say something

Sudah lama rasanya aku tak mengemaskini blog ini. Ini kerana aku hanya menumpukan blog aku yang satu lagi iaitu dhomazril.wordpress.com, aku pun sebenarnya masih muda sangat dalam mengguna dan memanfaatkan blog ini. Aku dalam proses belajar bab-bab IT dan komputer. Banyak benda yang perlu aku pelajari, sesungguhnya dunia ilmu pengetahuan sangat luas, payah kita ambil semua. Ilmu Allah lagi luas, seluas-luas yang tidak dapat kita hendak bayangkan. Subhanallah.

Tahun masehi 2008 sudah hendak tiba ke penghujung. Tahun hijrah tidak lama lagi akan tiba musim umat Islam menunaikan ibadah haji. Sekarang ini pun di Mekah sudah dibanjiri oleh umat manusia dari seluruh dunia.

Kenapa ye? Bila kita lihat ramai manusia masa menunaikan haji, kita lihat masa itu umat islam yang sana bagaikan bersatu padu. Kita dapat lihat betapa ramainya umat Islam, tetapi kenapa di sana sini umat Islam bagaikan tidak bersatu padu?

Posted in: Catatan Umum, Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *