Cuaca yang elok,jangan disangka takkan hujan…

Nov 20, 2008 | | Say something

Lepas solat asar tadi, aku memang dah merancang untuk membasuh kereta aku. Jadi lepas menunaikan solat asar aku bergegas mengambil baldi, span dan cecair pencuci badan kereta. Selepas mengambil dan menyediakan peralatan yang diperlukan, aku pun memulakan pergerakan membasuh kereta.

Tengah-tengah syok membasuh, tiba-tiba kedengaran bunyi, “doommm….buuummmm….”. Bunyi dia macam bunyi guruh di langit, memang bunyi guruh pun. Aku pun apa lagi cepat-cepat nak siapkan cuci kereta, hujan dah mula gerimis. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah basuh kereta, basuh sampai siap.

Aku cuci cepat-cepat, hujan dah nak turuuunnnn. Hujan pun turun dengan lebatnya…secara otomatik kereta dibilas dengan air hujan. Alhamdulillah.

Waktu aku menaip menulis dalam blog ini, hujan di luar sedang berjatuhan membasahi bumi…bosan punya pasal, tak tahu nak buat, aku tulis lah dalam blog ini. Isteri aku sekarang ini berada di Institut Perguruan Bahasa Melayu. Aku tinggal keseorangan. Huhu…

Tapi ok saja…takda masalah. Hujan dah berhenti.

Posted in: Catatan Umum, Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *