Esok Hari Konvokesyen…

Nov 18, 2008 | | Say something

Sedar tak sedar esok merupakan Hari Konvokesyen KPLI LPBS SR j-QAF Ambilan Januari 2007. Majlis dibuat di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya. Semua guru j-QAF Ambilan 2007 daripada 27 buah institut perguruan datang ke Putrajaya. Tadi pun ketika aku nak pergi raptai, memang susah betul nak cari tempat letak kereta. Selepas taklimat konvo aku pergi ke Institut Perguruan Teknik untuk mengambil jubah konvo, kena bayar RM 100 untuk jubah, cenderahati, folder sijil, dan gambar.

Tahniah kepada kawan-kawan yang telah berjaya melepaskan diri dari azab berkursus, tapi ingat, cemerlang dalam akedemik belum tentu kita akan cemerlang dalam kehidupan. 80 peratus yang menyumbang kejayaan dalam hidup adalah EQ dan yang paling penting jangan lupakan tentang SQ.

Selamat berkonvo…

Posted in: Catatan Umum, Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *