Tidur Lewat.

Nov 8, 2008 | | Say something

Malam tadi aku tidur lewat sedikit kerana seronok membaca sebuah buku. Bila aku dapat menghabiskan membaca buku ini (walaupun kurang faham) , aku jumpa banyak informasi yang berguna tentang pengurusan kewangan. Selama ini aku pernah juga mendengar istilah “pengurusan kewangan” ini, tetapi buat tak endah saja. Tetapi sekarang aku tahu pengurusan kewangan adalah perkara yang sangat penting.

    Buku yang aku maksudkan ini ialah “Jutawan dari Planet Jupiter” oleh Azizi Ali. Depan buku ini ada tertulis, “KAWAL KEWANGAN ANDA, BIAR WANG MENGHASILKAN PULANGAN DAN NIKMATILAH HIDUP YANG LEBIH BAHAGIA”.

    Antara isi kandungan dalam buku ini membicarakan tentang bagaimana hendak menggunakan kewangan dengan lebih bijak. Walaupun mendapat pendapatan yang lumayan tetapi tidak menguruskan perbelanjaan dengan betul, kita tetap miskin walaupun orang melihat kita mempunyai harta yang banyak, hakikatnya kita mempunyai hutang keliling pinggang.

    Dalam pengurusan kewangan yang bijak, kita mesti mempunyai matlamat. Ya, semua perkara di dalam dunia mesti mempunyai matlamat. Dan bila aku sudah menghabiskan membaca buku ini, kesimpulan yang aku dapat ialah pertama sekali kita mesti menyimpan wang kita, kita mesti mempunyai simpanan duit. Kita juga mesti mempunyai dana rizab untuk menghadapi situasi-situasi yang tidak diduga.

    Selepas mempunyai simpanan dan dana rizab yang mencukupi, barulah kita akan beralih kepada bagaimana hendak meledakkan wang simpanan kita. Caranya ialah dengan melabur. Cara yang terbaik untuk orang yang seperti aku ini ialah dengan cara melabur dalam unit amanah. Jika nak tahu lebih lanjut, klik kat sini http://www.asnb.com.my

    Buku ini juga menyatakan cara-cara menguruskan hutang. Pendek kata buku ini adalah buku yang berfaedah kepada orang biasa seperti aku untuk mengertahui tentang pengurusan kewangan. Kalau nak tahu, pergilah cari buku ini kat kedai-kedai yang ada jual buku ini..hehe.

    Ok, Wassalam . Selamat bercuti di hujung minggu.


 

Posted in: Catatan Umum, Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *