Kereta Aku Dilanggar Orang

Oct 27, 2008 | | Say something

Subhanallah, mungkin hari kereta aku ditakdir untuk dilanggar orang. Kejadian ini betul-betul berlaku di simpang hendak masuk ke rumah aku kat belakang. Entahlah, masa aku nak masuk simpang tu, tiba-tiba je aku dengar bunyi tayar brek kecemasan. Tiba-tiba aku nampak ada budak tergolek depan kereta aku. Nasib baik dia tak masuk dalam parit kalau tak maunya lagi parah. Cumah pintu kereta je yang kemek sedikit.

Hari ini aku tiada apa program cuma duduk santai dengan keluarga aku, yang kurangnya isteri aku takde dengan aku sekarang ni. Isteri aku mengajar di Ranau. Cuti sekolah baru isteri aku balik ke sini. Nampaknya aku konvo dengan ditemani isteri aku. Alhamdulillah.

p/s: Jangan bawa motor atau kereta laju, nanti menyusahkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain.

Posted in: Catatan Umum, Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *