Hujung Minggu

Aug 24, 2008 | | Say something

Sekarang ini langit kelihatan mendung. Aku baru saja menghantar isteriku ke LCCT. Isteriku akan balik semula ke Ranau sebab esok nak mula sekolah dah. Isteri aku ni mengajar di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyadiah kat Ranau. Alhamdulillah, sewaktu cuti sekolah dapat kami bersama-sama, berjalan-jalan, kerana pada waktu cuti sekolah barulah kami dapat bertemu. Sedih juga rasanya sekarang ini. InsyaAllah tanggal 26 September ini aku pula yang pergi ke Sabah, aku nak beraya di Tawau tempat mertua aku, dah lama sangat aku tak balik ke Tawau.

Esok pula aku kena pergi Kursus Pemantapan j-QAF di Kem Bina Semangat Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu. Dah lama rasa aku tak pi Kuala Kubu Bharu. Dulunya aku sekolah kat sana, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu. Agak-agaknya macamnelah keadaan di KKB sekarang ni ye?Mungkin dah banyak perubahan yang berlaku. Kurusus ni diadakan selama 3 hari.

Posted in: Catatan Umum, Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *