Ramadhan Yang Datang, Syawal Yang Disambut

Aug 10, 2008 | | Say something

Alhamdulillah,tidak lama lagi bulan Ramadhan akan tiba jua. Dalam bulan itulah umat Islam akan menunaikan fardu puasa di siang hari. Seperti mana yang telah kita sedia maklumi, pada masa itulah bermacam-macam iklan di media massa akan menampilkan iklan hari raya. Dari iklan pakaian, iklan makanan, dan macam-macam lagi.

Mungkin sekarang ini sudah banyak pasaraya-pasaraya besar di negara kita ini yang sudah mula memasang iklan. Dan mungkin ada juga di kalangan kita yang sudah mula membeli pakaian-pakaian raya. Dengan alasan bila sudah dekat raya nanti dah tak sempat nak membeli kerana orang ramai sudah membeli macam-macam barang.

Nampaknya bulan Ramadhan yang datang tetapi kita dah berniat nak sambut raya. Itulah mentaliti orang-orang kita sekarang. Sebenarnya kita tidak faham lagi apa sebenarnya ajaran Islam. Kita ni mungkin dah semakin jauh dengan maksud ajaran Islam itu sendiri.

Mungkin kita sendiri yang tidak mahu mempelajari ajaran Islam yang sebenar. Dah tua nanti barulah kita nak pi kelas-kelas agama.

Posted in: Catatan Umum, Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *