Hari ini hari Ahad…

Jun 1, 2008 | | Say something

Hari ini hari ahad, aku duk saja kat umah. Minggu depan dah nak exam tapi buku tak baca2 lagi.
Boleh lulus ke kalau kita tak baca buku? Ada rezeki lulus, luluslah…yang penting kursus ni berjaya aku habisi.

Lepas ni, kat sebulan aku takde kat sekolah. seminggu BTN, 3 minggu KISSM.

Perkembangan dunia luar, langsung aku tak ambik kisah. yang aku tau anak mahathir, mukhriz letak jawatan dalam UMNO, si ezam masuk UMNO. Pelik tul, tapi sebenarnya tak pelik pun. Bagi aku ezam ni cuma mukaddimah jer, lepas ni pasti ramai lagi yang akan masuk semula dalam UMNO. Mereka ni pun dah perancangan mereka sendiri.

PKR kat selangor sekarang ni pun asyik kena tagih janji jer…korang pun sabarlah, PKR ni baru jer beberapa lama memerintah selangor, korang dah tak sabar nak tagih janji. Time UMNO pegang lansung korang tak kisah ye…

Macamnilah, kalau korang masih tak puas hati dengan PKR, kalau UMNO dah tentulah korang “hampeh”kan…apa kata pemilu yang akan datang korang pilih PAS pula, kita tengok macamne pula PAS memerintah Selangor Darul Ehsan.

Posted in: Catatan Umum, Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *