Refleksi 28 Jan 2008

Jan 28, 2008 | | Say something

Hari ini adalah hari pertama saya menjalani latihan praktikum. Alhamdulillah beberapa perkara dan dokumen telah saya siapkan walaupun belum sempurna.

Aku rasa sangat tidak berpuas hati dengan cara pengajaran saya, rasa merasakan tidak dapat mengawal kelas sepenuhnya kerana ada beberapa orang murid yang tidak memberikan tumpuan ketika pnp, dan ada juga murid yang tidak membawa buku teks. Oleh sebab itu saya merasakan pnp saya kurang berjalan dengan lancar.

Mungkin antara kelemahan saya ialah kurangnya kekuatan dapat mengawal keadaan kelas, bahan bantu mengajar yang kurang kreatif dan mungkin kurangnya persediaan.

Saya dapat merasakan bahawa saya kurang mencapai objektif pengajaran pada ini, saya rasa ada kekurangan dalam diri .

Saya berharap dapat meningkat cara pnp pada masa yang akan datang. InsyaAllah .

Posted in: Refleksi Praktikum Jan-Mei 2008, Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *